Sebagai hambaNya, sememangnya aku layak diuji.. aku tahu setiap ujian itu adalah tanda cintaNya. aku pasti akan ada seribu satu kebaikan dan hikmah disebalik ujian ini. aku juga tahu semua itu hanya untuk mereka yang SABAR. ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang sabar. tapi, sabarkah aku? ikhlaskah aku? ALLAH...
SABAR... mudah pada lisan yang kosong empati, berat pada jiwa yang penuh duri.
aku sering menangis sendiri. enggan menderhaka tapi berat memaafkan. ingin mengasihi tapi besar syaratnya. ingin berjauhan tapi hati merindu. ingin bersama tapi hati menjauh. ya ALLAH,, didiklah aku hamba hina ini untuk menyayangi tanpa syarat, mendahulukan maaf, melupakan dendam.. lindungilah diri ini dari penyakit hati. penyakit dunia. didiklah hati ini akan erti SABAR..
aku mahu melangkah dan terus melangkah. mengambil masa lalu sebagai pedoman, meletakkan masa hadapan sebagai harapan. aku ingin terus tersenyum, menyinari hati yang suram ini. aku ingin terus berharap, menghidupkan hati yang mati sebelum masanya. tapi, nak ke mana? dari mana? bagaimana? ALLAH, tunjukkan aku jalan yang terbaik.
ALLAH YA RABB..
bukakan pintu hatiku ini pada jalan kebaikan. ikhlaskanlah hati ini. kurniakan aku kesabaran yang tinngi. pinjamkan aku sifat RAHIM dan RAHMAN-MU agar dapat aku terus menyayangi mereka. bimbinglah aku melalui ujian ini. pimpinlah aku meredah kegelapan ini. dampingilah aku yang merintih ini. peluklah aku yang kesunyian ini. cintailah aku yang hina ini. sungguh, aku BERTAWAKAL...
No comments:
Post a Comment